Saturday, 20 September 2008

Zakat Nafsu-Nafsi

Selesai sembahyang jumaat imam mesjid umum "The fitra for this year will be 3GBP per head, you can pay at the boxes at the back.. bla..bla.."

Kepala mula mengira GBP3 x 6 = GBP18 x 6.5 = RM117. Hati pon berbisik.. "Wow! besar jugak ye"

Seketika datang kewarasan. "Apalah nak dibanding RM117 dengan apa yang aku dapat?"

Teringat pada kedua bonda dan arwah ayahanda. Dulu semasa kecil bila tiba Ramadhan mereka tidak pernah miss bayar zakat fitrah walaupon dalam susah. Kecik aje jumlahnya sekitar RM1.80 sekepala x 10 = RM18. RM18 bagi mereka sama dengan menoreh getah untuk 1-2 hari! Adakalanya bila tak dapat menoreh terpaksa berhutang. Tapi... GBP18 bagiku kerja part-time untuk 3jam!

"Nafsu-nafsi", itu yang selalu dicakapkan oleh bonda sejak kecil. "Nafsu-nafsi."

Pada amnya memang banyak pendapat2 yang agak berbeza tentang kadar dan cara berzakat samada fitrah atau pendapatan yang terkadang menyebabkan "laymen" sepertiku kebingungan. Dan terasa pelik juga dengan pusat2 zakat di tanahair yang bersifat "over-aggresive?" pada pandanganku dari segi mencari "zakater" tapi tidak bila mencari "zakatee". Tapi itu kes lain.

Guruku pernah berkata lebih kurang bunyinya, "kita dengan tuhan macam tuan dengan hamba, bukan bos dengan kuli. Maka setiap yang kita buat jangan harap pahala. Bukan pahala yang bawa kita masuk syurga. Bukan sembahyang. Bukan posa. Bukan sedekah dsb. Tapi redho Allah yang bawak kita masuk. Ada orang semayang tapi masuk neraka! (surah al-Ma'un). Jadi jangan buat ibadat pahtu dok kira pahala 1 ke, 27 ke"

Jadi hok mana nak ikut? Senang aje. Aku bukan ahlinya untuk menafsir cukuplah dengan mengambil mana2 pendapat yang rajih sebagai panduan. Lagipon perbezaan itu adalah rahmat. Bila kita jadi hamba, kita takdak apa2 langsung. Tubuh badan sendiri pon bukan hak ekslusif. Jadi yang kita harap cuma redho tuhan. Caranya buat segala yang disuruh dan tinggal segala larangan serta lebihkan yang diutamakan. Nombor dan angka bukan isunya yang terpenting.

Dulu, bonda dan arwah ayahanda begitu sekali berkorban untuk membayar hanya RM18 kerana nilainya pada kami ketika itu. Berapakah nilai yang setara dengan RM18 tersebut padaku dimasa sekarang? Tentunya bukan RM117. Bagaimana kalau dua kali ganda? JAH? Tentu sekali masih jauh walhal baru kelmarin aku bermimpi menunggang SPORTBIKE impian.

Thursday, 18 September 2008

Kulit muka pon tipu!

Heboh! mmg sureHeboh! ramai yang cerita pasal penipu. Tapi ramai tak perasan ada di kalangan pemimpin tu kulit muka pon tipu! (botox) lagi hak dalam bleh percaya ke?

Sunday, 14 September 2008

Jawi, Pakatan dan Teresa

Sebuah rumahtangga di ambang kehancuran. Sang suami dan si isteri saling bercakaran menuntut hak sedang si anak2 asyik memerhati. Namun, tidak ada seorangpun di antara mereka yang mampu meleraikan pertelingkahan tersebut sehingga pergaduhan tidak dapat dielakkan lagi. Maka berterbangan segala pinggan mangkuk lalu pecah bertaburan. Akhirnya, tidak ada lagi yang tinggal melainkan satu tea set "Royal Albert" bertatah emas made in England. Masing2 kelihatan "reserved" utk bertindak kerana faham peri nilai tea set tersebut.

Dalam diam, si anak kecil sekitar 3 tahunan yang memerhati sejak tadi teruja dengan aksi2 lasak orang tuanya. Tanpa berlengah dicapainya tea set tersebut, "Praaamm...." pecah bertaburan dibaling ke dinding dengan seronoknya khazanah bernilai terakhir keluarga.

Aduh! sakitnya hati para pemerhati. Mungkin si anak kecil tersebut Teresa kot?