Friday, 10 October 2008

Don't judge a book by its cover - Betul ke?

Kelmarin terlewat zohor di masjid uni. Sesampai aje jemaah tgh dengar tazkirah. Lepas amik air semayang terus solo. Selesai semayang tgh berdoa terpandang sekumpulan beberapa jemaah tgh semayang di bucu dpn masjid.

"Mak ooi... besarnya rantai leher pak imam," terdetik dlm hati. Kalo aku lewat sikit silap2 aku termakmum skali. Tu pasal aku selalu ngelat kalo terlewat ;-) <--- alasan semata.

Betul ke luaran tak sepenting hati? Kalo hati baik pakai apa2 pun takpe. Teringat alasan dan hujah puak2 tertentu. Tapi... betul ke?

Dekat sini mcm2 fi-il perangai muslim boleh tgk. Kedai halal berselang-seli dgn kedai arak bertokeykan pakistani. Si Kurdis walau tak posa, tetap cari kedai halal Persian Bites utk lunch. Si Mirza tokey kedai Mirza Wine Store walaupon ptg2 dok gosok anjing dpn kedai, tp solat raya hari tu pun ada. Si Husain anak Ali tokey Corner Wine Store pon kadang2 ada di masjid semayang jumaat. Rantai emas di tengkak dia 2-3 utas pon lebih besar dpd peraih entok di kg laut. Dah la pakai baju sendat-kecik. time sujud nampak j*b*-lebi. Mungkin dia caya mcm melayu jugak... miss jumaat lebih 3 kali jatuh kapir!

Ada sorang perempuan keturunan pakistan di tempat keje. Katanya dah 16 tahun dok di uk. Masa bulan posa ari tu dia tanya aku posa tak? Aku jawab ya. Lalu dengan BANGGAnya dia kata dia pon posa! malah dia juga semayang "sometimes" walau tak pakai tudung. Tapi... tambahnya, dia baru bertemu dgn boyfriend yg baik (hensome dan kiut katanya) kerja drebar teksi. " I can't afford to leave him. We live together which I know Islam forbid that."

Sorang kakak (senior) kat sini berkata "Eleh mu nih berlagak je baik dpn org, blkg tak tau lagi."
Terpegun gak. Bila pulok aku berlagak baik atau kata aku ni budak baik? Aku mmg takde track record sbg bukti. Dah mmg aku bukan nak bukti ape2 pon. "Ko pasal janggut yg sejemput ni?"

2 comments:

pokmudo said...

Teringin nak dengar Tuan Khatib Khutbsh Hari Raya Surau Kok Majid jadi Khatib di UK. Kontrol Hansem jangan jadi terombong kapal dah...

Cikli said...

rantai zhulian tu....bukan ori.