Kepala mula mengira GBP3 x 6 = GBP18 x 6.5 = RM117. Hati pon berbisik.. "Wow! besar jugak ye"
Seketika datang kewarasan. "Apalah nak dibanding RM117 dengan apa yang aku dapat?"
Teringat pada kedua bonda dan arwah ayahanda. Dulu semasa kecil bila tiba Ramadhan mereka tidak pernah miss bayar zakat fitrah walaupon dalam susah. Kecik aje jumlahnya sekitar RM1.80 sekepala x 10 = RM18. RM18 bagi mereka sama dengan menoreh getah untuk 1-2 hari! Adakalanya bila tak dapat menoreh terpaksa berhutang. Tapi... GBP18 bagiku k
erja part-time untuk 3jam!"Nafsu-nafsi", itu yang selalu dicakapkan oleh bonda sejak kecil. "Nafsu-nafsi."
Pada amnya memang banyak pendapat2 yang agak berbeza tentang kadar dan cara berzakat samada fitrah atau pendapatan yang terkadang menyebabkan "laymen" sepertiku kebingungan. Dan terasa pelik juga dengan pusat2 zakat di tanahair yang bersifat "over-aggresive?" pada pandanganku dari segi mencari "zakater" tapi tidak bila mencari "zakatee". Tapi itu kes lain.
Guruku pernah berkata lebih kurang bunyinya, "kita dengan tuhan macam tuan dengan hamba, bukan bos dengan kuli. Maka setiap yang kita buat jangan harap pahala. Bukan pahala yang bawa kita masuk syurga. Bukan sembahyang. Bukan posa. Bukan sedekah dsb. Tapi redho Allah yang bawak kita masuk. Ada orang semayang tapi masuk neraka! (surah al-Ma'un). Jadi jangan buat ibadat pahtu dok kira pahala 1 ke, 27 ke"
Jadi hok mana nak ikut? Senang aje. Aku bukan ahlinya untuk menafsir cukuplah dengan mengambil mana2 pendapat yang rajih sebagai panduan. Lagipon perbezaan itu adalah rahmat. Bila kita jadi hamba, kita takdak apa2 langsung. Tubuh badan sendiri pon bukan hak ekslusif. Jadi yang kita harap cuma redho tuhan. Caranya buat segala yang disuruh dan tinggal segala larangan serta lebihkan yang diutamakan. Nombor dan angka bukan isunya yang terpenting.
Dulu, bonda dan arwah ayahanda begitu sekali berkorban untuk membayar hanya RM18 kerana nilainya pada kami ketika itu. Berapakah nilai yang setara dengan RM18 tersebut padaku dimasa sekarang? Tentunya bukan RM117. Bagaimana kalau dua kali ganda? JAH? Tentu sekali masih jauh walhal baru kelmarin aku bermimpi menunggang SPORTBIKE impian.
2 comments:
Kalu dulu jumpa duit 0.50, letak bawah tumit kaki gesel di tanah.
Semestinya... hok... hok merah
zakat fitrah tetap kadarnya satu gantang untuk satu orang....
kita bawa je beras bagi kat asnaf 8.
patutnya kerajaan galakkan kita berzakat dengan beras. kalau orang kaya mesti sukat dgn basmati atau taj mahal atau beras moghol atau beras bario.
takkan orang kaya makan beras BN kot (Beras Nasional).
Post a Comment