
Polis kata: “Kenapa rosakkan bukti sebelum habis penyiasatan”
Pembangkang kata: “Bawa pembunuh ke muka pengadilan”
Kerajaan kata: “Jangan interfere kerja-kerja polis”
Laporan Bedahsiasat: “Paru-paru berair”
Kaum-kerabat si mati kata: “Bedah siasat kali kedua”
Pemerhati atas pagar kata: “Jangan buat main dengan polis”
Akhir sekali si mamat dari Yaman bersuara: “Jangan layan penjenayah macam hero”
Aku rasa: “Setuju! Memang setuju! Siapa yang tak setuju?
Apa kata kalau kita mulakan dengan mahkamah yang telus dan para peguam serta hakim yang tidak diragui dengan saksi-saksi bukan munafik tanpa sembunyikan sebarang bukti atau fakta lalu selesaikan kes anak Shaariibuu?
Kemudian baru kita cerita maksud penjenayah atau kambing hitam.
Next kita cerita tentang PENIPU yang menipu lebih ramai daripada Pak Man Telo melalui skim cepat kaya pilihanraya.
Next kita cerita laporan rasuah di Kota Tinggi.
Next memali, mustakizah, anak thamby bla.. bla..
1 comment:
Kerana hendak kekalkan pemerintahan maka sanggup menipu dengan terancang maka apatah lagi kes2 lain.
Post a Comment